🌿 Cara Buat Racun Organik Guna Nasi Saja – Cili Lebat, Sayur Lebih Selamat Dimakan
Sememangnya ada banyak cara untuk menjadikan pokok sayur yang kita tanam hidup subur tanpa penggunaan baja atau racun berasaskan bahan kimia. Salah satu cara mudah dan murah adalah dengan membuat sendiri racun organik dari nasi.
Cara ini dipraktikkan oleh Tieok Eng, seorang yang gemar bercucuk tanam di kediamannya. Racun homemade ini digunakan untuk menghapuskan ulat atau bena putih yang menyerang pokok sayurannya.
Selain untuk pokok sayur, racun organik ini juga sesuai digunakan pada pokok bunga. Ia bukan sahaja membantu menghapus serangga perosak, malah nasi juga bertindak sebagai baja semulajadi untuk pokok.
✅ Cara Buat Racun Organik Guna Nasi
- Ambil 3 senduk nasi yang sudah dimasak dan ramas-ramas.
- Masukkan nasi tadi ke dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan isi penuh botol supaya tidak meletup semasa fermentasi.
- Simpan campuran ini selama seminggu atau lebih untuk proses fermentasi. Selepas seminggu, racun organik ini boleh digunakan terus tanpa perlu dicampur air lagi.
- Sembur pada pokok yang diserang ulat putih atau serangga perosak lain. Boleh disembur setiap hari jika serangan serangga banyak.
Cara ini menjadikan pokok sayur lebih selamat kerana tiada bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan manusia apabila dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Tieok Eng