Cara Mudah Tanam & Biakkan Pokok Kesum di Rumah, Cepat Subur!
Pokok kesum memang antara tanaman wajib ada di rumah. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti laksa, asam pedas, nasi ulam, dan sebagainya — tapi cukup sedikit saja untuk menaikkan aroma dan rasa!
Namun begitu, ramai juga yang mengadu pokok kesum yang ditanam cepat layu, daun kuning, dan akhirnya mati. Sebenarnya, kesum sangat mudah hidup jika ditanam dengan cara yang betul.
Mohd Fadzil berkongsi cara mudah dan cepat untuk membiak dan menyuburkan pokok kesum dari satu pokok induk. Teknik ini sangat sesuai diamalkan di rumah terutama ketika musim hujan.
Jenis Pokok Kesum
- Kesum menjalar
- Kesum menegak
Kedua-duanya boleh ditanam menggunakan teknik keratan batang.
Cara Mudah Biakkan Pokok Kesum:
- Ambil ranting atau keratan pokok kesum yang panjang.
- Tanam terus dalam pasu kecil atau bekas berisi tanah gembur.
- Siram 2-3 kali sehari, terutama pada awal penanaman.
- Dalam masa 4-5 hari, akar akan mula tumbuh pada keratan tersebut.
- Selepas 10 hari, apabila akar makin banyak dan kuat, alihkan ke pasu atau polibeg lain untuk dibiakkan.
Tips Tambahan:
- Pokok kesum suka tempat lembap dan berair, jadi pastikan medium sentiasa cukup lembap.
- Kalau musim hujan, tak perlu siram hari-hari – lebih mudah tumbuh dengan sendiri.
- Letakkan di tempat yang kena cahaya matahari pagi tapi tidak terlalu terik.
Dengan teknik ini, dari satu pokok induk anda boleh dapat banyak anak pokok kesum dalam masa yang singkat. Jimat belanja, dan sentiasa ada stok segar di rumah!
Selamat mencuba dan semoga berjaya!