Cara Mudah Tanam Pokok Rosemary – Western Tapi Hidup Subur di Malaysia!

 

Cara Mudah Tanam Pokok Rosemary – Western Tapi Hidup Subur di Malaysia!

Pokok herba yang biasa digunakan dalam masakan barat ini sebenarnya tidak susah untuk ditanam. Walaupun namanya western, pokok rosemary boleh tumbuh dengan baik dalam iklim panas dan lembap di Malaysia.

Tanam sepokok pun sudah cukup kerana rosemary mudah dibiakkan jika dijaga dengan betul. Berikut adalah perkongsian daripada Dr. Syahr Musafir tentang cara menanam dan penjagaan pokok rosemary:

1. Dapatkan Anak Pokok Dari Nurseri

Mulakan dengan membeli anak pokok rosemary dari nurseri. Tak perlu beli pokok besar – anak pokok pun sudah memadai. Bila pokok dah matang, boleh mula biakkan sendiri.

2. Cara Membiakkan Pokok Rosemary

Untuk biakkan rosemary:

  • Potong beberapa keratan batang kecil dan pendek.
  • Cucuk terus ke dalam tanah yang subur dan lembap.
  • Keratan ini akan tumbuh menjadi anak pokok baru selepas beberapa minggu.

3. Letakkan di Tempat Terbuka & Panas

Jangan letak rosemary di tempat teduh seperti dalam rumah atau bawah garaj.

  • Tempat teduh menyebabkan pokok jadi layu dan daun kekuningan.
  • Letakkan di tempat terbuka yang menerima cahaya matahari terus.
  • Pokok akan jadi lebih segar, lebat dan sihat.

4. Siram Setiap Hari atau Sekurang-Kurangnya 2 Hari Sekali

Pokok rosemary perlukan kelembapan yang seimbang:

  • Siram sekali sehari (paling ideal), atau 1 kali dalam 2 hari.
  • Siram dengan air yang mencukupi sehingga tanah basah.

5. Baja Sekali Sebulan Sahaja

Tak perlu terlalu kerap membaja:

  • Gunakan 1 sudu teh baja sekali sebulan.
  • Baja jenis subur yang boleh dibeli di Kedai Eco sudah memadai.

Kegunaan Rosemary

Selain digunakan untuk perapan dan masakan barat, rosemary juga boleh digunakan dalam:

  • Air teh – campurkan beberapa helai daun rosemary ke dalam air teh o panas.
  • Wangian semula jadi – daunnya berbau harum dan segar.

Jadi, kalau anda suka berkebun dan suka masakan berperisa herba, pokok rosemary wajib ada di rumah anda!

Sumber: Dr. Syahr Musafir