Cara Mudah Tukar Getah Pintu Peti Sejuk yang Longgar atau Rosak

Cara Mudah Tukar Getah Pintu Peti Sejuk yang Longgar atau Rosak

Apabila peti sejuk sudah digunakan bertahun-tahun, ada beberapa masalah biasa yang boleh berlaku. Antara yang paling kerap terjadi adalah pintu peti sejuk tak rapat walaupun sudah ditutup dengan betul. Ada juga kes pintu terbuka sendiri tanpa disedari.

Punca utama masalah ini selalunya adalah getah di sekeliling pintu yang sudah rosak atau "expired". Ramai sangka kena panggil tukang baiki, tetapi sebenarnya kerja ini boleh dibuat sendiri dan sangat menjimatkan. Khairul Hafiz berkongsi cara mudah DIY tukar getah pintu peti sejuk.


Panduan Tukar Getah Pintu Peti Sejuk Sendiri

Kalau boleh buat sendiri dan jimat lebih RM100, rugi kalau tak cuba! Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Kenal Pasti Masalah Getah

Periksa getah di sekeliling pintu. Jika sudah tertanggal, keras, atau tidak mencengkam dengan baik, itu tanda ia perlu diganti. Boleh beli getah ganti di Shopee atau kedai alatan elektrik. Pastikan beli ikut model dan saiz pintu peti sejuk anda, kerana setiap model berbeza.

2. Rupa Getah Baharu

Inilah contoh rupa getah baru yang dibeli. Ia datang dalam bentuk gulungan atau potongan siap pasang.

3. Cabut Getah Lama

Mulakan dari penjuru atas pintu. Tarik perlahan-lahan sehingga getah tercabut sepenuhnya. Tak perlukan sebarang alat khas – hanya guna tangan sahaja.

4. Periksa Bahagian Dalam

Inilah keadaan getah lama yang sudah keras atau tidak melekat sempurna. Bersihkan bahagian tapak getah sebelum pasang yang baru.

5. Pasang Getah Baharu

Mulakan pemasangan dari setiap penjuru dahulu. Tekan kemas agar getah melekat betul-betul ke rangka pintu. Selepas penjuru siap, baru tekan bahagian tengah dan lain-lain. Ini penting supaya getah tak terlebih panjang atau senget.

6. Selesai!

Bila getah telah dipasang sempurna, cuba tutup pintu dan pastikan ia melekat rapat. Pintu kini boleh ditutup dengan baik dan udara sejuk tidak lagi keluar.


Kesimpulan: Dengan hanya beberapa langkah mudah dan tanpa sebarang alatan, anda boleh tukar getah pintu peti sejuk sendiri di rumah. Jimat masa, jimat kos, dan hasilnya memuaskan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Khairul Hafiz