Cara Tanam dan Penjagaan Pokok Kobis Bunga di Rumah – Mudah & Berbaloi
Sawi, terung, bayam, bendi, kangkung, timun dan cili — ini semua antara sayur yang biasa kita tanam di rumah. Tapi tak ramai cuba tanam kobis bunga, walaupun ianya sayur yang selalu kita beli dan makan.
Kobis bunga bukan sahaja sedap, tapi kaya dengan serat, vitamin C dan vitamin K. Sebenarnya cara penanaman dan penjagaannya juga tidak susah. Jom cuba tanam kobis bunga di rumah pula! Perkongsian ini berdasarkan panduan oleh Umie Watie.
10 Langkah Mudah Tanam Kobis Bunga
- Semai biji benih dalam peatmoss:
Gunakan peatmoss untuk bantu percambahan biji benih dengan lebih cepat dan sihat. - Benih akan bercambah dalam masa seminggu:
Sabar dan pastikan media kekal lembap sepanjang tempoh ini. - Tanah mestilah jenis poros dan tidak bertakung air:
Kobis bunga tak suka akar yang terendam air. Pastikan saliran air baik. - Gunakan campuran media tanaman:
Campurkan cocopeat, tanah hitam, dan tanah 5 dalam 1 (boleh dibeli di nursery). - Gunakan polibeg besar:
Kobis bunga perlukan ruang. Gunakan polibeg bersaiz 16 inci ke atas supaya akar dapat menjalar dengan baik. - Tempoh tuai:
Pokok kobis bunga boleh dituai dalam tempoh 3 hingga 4 bulan selepas disemai. - Jangan petik daun:
Elakkan petik daun pokok semasa proses tumbesaran kerana ini boleh mengganggu pertumbuhan kepala kobis. - Siram dua kali sehari:
Siram waktu pagi dan petang. Pastikan air tidak berlebihan hingga bertakung. - Pokok suka cahaya, air dan baja:
Letak di tempat yang kena cahaya matahari langsung. Kobis bunga perlukan nutrien mencukupi. - Baja dua minggu sekali:
Gunakan baja organik. Untuk kawalan serangga, boleh gunakan semburan semula jadi seperti cuka kayu.
Fakta Menarik
- Daun pokok kobis bunga memang besar – pastikan ruang tanam mencukupi.
- Lebih banyak cahaya matahari, lebih baik pertumbuhan kepala kobis.
- Boleh tanam dalam pasu besar jika tiada tanah lapang.
Kesimpulan
Walaupun kobis bunga bukan antara sayur yang paling biasa ditanam di rumah, ia sebenarnya tidaklah sesusah mana. Dengan ruang yang cukup, air dan penjagaan asas yang konsisten, anda pasti boleh tuai hasil sendiri lepas 3-4 bulan. Sedap, sihat dan puas hati bila petik hasil sendiri!
Selamat mencuba dan semoga menjadi!
Sumber: Umie Watie