Cara Tanam Labu Tepi Rumah: Panduan Mudah untuk Laman Hijau Anda

Cara Tanam Labu Tepi Rumah: Panduan Mudah untuk Laman Hijau Anda

Jika anda mempunyai laman di rumah dan suka bercucuk tanam, labu adalah pilihan tanaman yang mudah dan berbaloi untuk dicuba. Tanam satu atau dua pokok labu sudah memadai untuk keperluan makan sendiri, malah lebihan pun boleh. Berikut adalah cara tanam labu dari biji benih labu yang dibeli untuk masak.

Langkah-Langkah Tanam Labu dari Biji Benih

  1. Ambil benih labu: Benih diambil dari labu yang dibeli di pasar untuk masakan.
  2. Semaikan benih: Semai benih dan tunggu sehingga tumbuh daun sebenar, bukan sekadar daun bulat atau tunas.
  3. Pindahkan anak pokok: Setelah ada empat daun dan cukup besar, pindahkan ke poli beg atau tanam terus atas tanah. Pastikan tanah sama paras dengan daun bulat asal.

Pokok labu merupakan tumbuhan menjalar yang akan merayap ke arah cahaya matahari. Jadi pastikan ruang mencukupi supaya pokok boleh menjalar dengan baik.

Penjagaan Pokok Labu

  • Siram pokok setiap hari untuk kekal lembap.
  • Berikan baja daun pada batang semasa pokok masih muda.
  • Gunakan baja buah apabila pokok sudah matang untuk merangsang pembentukan buah.

Kenali Bunga Betina dan Jantan

Apabila pokok labu sudah mula berbunga, penting untuk membezakan antara bunga betina dan bunga jantan:

  • Bunga betina: Ada bentuk buncit seperti labu kecil di bawah kelopak bunga.
  • Bunga jantan: Lebih kembang dan tiada labu kecil di bawahnya.

Bantu Proses Pendebungaan

Untuk memastikan bunga betina menghasilkan buah, anda boleh membantu proses pendebungaan dengan cara:

  1. Ambil debunga dari bunga jantan.
  2. Sapukan debunga tersebut ke stigma bunga betina.

Proses ini penting kerana jika tidak dibuat, bunga betina akan cepat gugur tanpa menjadi buah. Jika anda tidak sempat melakukan proses ini, semut dan lebah biasanya akan membantu pendebungaan secara semula jadi. Namun jika kawasan rumah kurang kehadiran serangga ini, anda perlu menjadi ‘tok kadi’ yang mengawinkan bunga-bunga tersebut.

Ini adalah cara saya tanam pokok labu di rumah, sekadar perkongsian yang boleh membantu anda berjaya menanam labu sendiri.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Weekend Baker