Cara Tanam Pokok Kari Supaya Tumbuh Rimbun & Banyak Daun
Pokok kari antara tanaman yang mudah hidup, malah boleh ditanam dari keratan batang sahaja. Tapi masalah biasa yang dihadapi ramai adalah pokok kari hanya tumbuh 2-3 cabang daun sahaja, tak rimbun macam pokok yang kita lihat di kampung.
Jika anda nak pokok kari yang serumpun dan lebat daunnya untuk kegunaan masakan harian, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Fazlie Che Fauzi. Teknik ini sangat mudah, tak perlukan tanah khas atau bahan rumit.
Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang
1. Sediakan Keratan Batang
- Ambil batang pokok kari yang sudah tua dan keras.
- Potong sepanjang 4-5 inci.
2. Buang Kulit Sebahagian Sahaja
- Gunakan pisau tajam dan kelar sedikit kulit pada batang — buang separuh sahaja, jangan kelar satu keliling batang.
3. Posisi Letak Keratan
- Letakkan batang tadi di atas tanah dengan bahagian yang telah dikupas kulitnya menghadap ke bawah.
- Tidak perlu tanam atau kambus dengan tanah.
4. Siram dan Letak di Tempat Teduh
- Siram setiap hari untuk pastikan kelembapan cukup.
- Letakkan keratan di tempat redup dahulu, jangan terus kena cahaya matahari terik.
5. Tunggu Tunas Baru Keluar
- Dalam tempoh seminggu, keratan akan mula mengeluarkan tunas baru.
- Apabila pokok sudah stabil, boleh alih ke dalam pasu atau atas tanah untuk pertumbuhan lebih subur.
Hasilnya: Pokok Kari Lebat & Serumpun
Dengan teknik ini, anda boleh dapat pokok kari yang rimbun dan banyak daun — sesuai untuk masakan harian tanpa perlu beli di pasar lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Fazlie Che Fauzi