Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk – Cepat Membiak & Jimat Kos!
Daun pudina bukan sahaja popular dalam masakan dan minuman, malah baunya yang segar menjadikannya antara herba yang sangat berbaloi ditanam di rumah.
Jika anda nak tanam pudina dengan cara paling mudah dan cepat membiak, kaedah menggunakan pucuk adalah antara yang paling berkesan. Dalam masa kurang sebulan, anda boleh gandakan sehingga berpuluh-puluh pasu pokok pudina!
Perkongsian ini datang daripada Agro Tani, yang telah mencuba dua kaedah dan mendapati kaedah pucuk paling mudah dan berhasil.
Kenapa Guna Pucuk?
Semasa mula tanam, hanya dua pasu kecil dibeli dari nurseri (RM10 setiap satu). Dari situ, hanya dalam masa beberapa minggu, pokok pudina berjaya dibiakkan menjadi berpuluh pasu dengan kos yang sangat rendah!
Dua Kaedah Tanam:
- Rendam keratan batang dalam air – sesuai tapi agak perlahan.
- Tanam terus guna pucuk – lebih cepat dan mudah membiak (kaedah disyorkan).
Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk:
- Pilih medium tanah yang sesuai – Contohnya tanah sawit campur atau tanah organik yang gembur.
- Pilih pucuk matang – Ini sangat penting!
- Pucuk tidak matang: batang berwarna hijau muda, kadar hidup rendah.
- Pucuk matang: batang berwarna purple muda, kadar hidup tinggi. Pilih yang ini!
- Cucuk pucuk ke dalam tanah yang telah digemburkan.
- Siram sehingga tanah benar-benar basah (lencun).
- Letakkan di kawasan teduh selama 1–2 minggu. Pastikan tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung pada peringkat awal.
- Pemerhatian – Jika pucuk berjaya hidup, ia akan kekal hijau dan mula tumbuh daun baru.
- Dedahkan kepada matahari secara beransur-ansur selepas minggu kedua.
Info Tambahan:
- Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh.
- Anak pokok boleh diberi baja selepas usia 2 minggu, dalam kuantiti yang sedikit.
TIP: Dengan hanya dua pokok pudina, anda boleh biakkan hingga lebih 20 pasu dalam masa kurang sebulan!
Selamat mencuba dan selamat berkebun!
Sumber: Agro Tani
#TanamPudina #HerbaDapur #DIYBerkebun #TipTanaman #AgroTani