Cara Tanam Pucuk Paku Sendiri di Rumah, Jimat & Sentiasa Segar!
Pucuk paku memang enak dimasak lemak atau ditumis. Tapi bila beli di pasar, selalu kecewa sebab banyak yang tua, keras, atau tak segar. Nak cari yang muda dan segar, boleh saja petik sendiri di tepi semak atau sungai – tapi risikonya, macam-macam haiwan boleh dijumpai!
Sebagai penyelesaian, Zaid Azizy Yaakob yang juga peminat pucuk paku, kongsikan pengalaman beliau menanam sendiri pokok paku di tepi rumah. Bukan saja lebih jimat, tapi lebih selamat dan mudah dapatkan bekalan bila-bila masa.
Langkah Mudah Tanam Pucuk Paku di Rumah
1. Cari Anak Pokok Paku
- Cari anak pokok paku yang tumbuh di sekitar pokok induk – biasanya mudah ditemui di kawasan semak atau tepi jalan.
- Pastikan minta izin jika kawasan tersebut ada pemilik atau bertuan.
2. Tanam Dalam Pasu atau Tanah Terbuka
- Boleh tanam dalam pasu besar atau terus atas tanah di halaman rumah.
- Gunakan tanah biasa, tidak memerlukan tanah khas.
3. Tanam Banyak Anak Pokok Sekali
- Lebih banyak rumpun, lebih banyak pucuk akan tumbuh.
- Jika satu rumpun subur, boleh hasilkan 2-3 pucuk. Kalau kurang subur, mungkin hanya satu pucuk sahaja.
4. Siram Setiap Hari
- Pucuk paku suka tempat lembap dan basah.
- Pastikan siram setiap hari, lebih-lebih lagi waktu musim panas.
5. Tip Supaya Pucuk Lebih Gemuk & Hijau
Buat air baja organik dari sisa dapur:
- Ambil kulit bawang, kulit telur (ditumbuk), dan sisa dapur lain.
- Kisar bahan dan campur dalam bekas berisi air hujan.
- Perap selama 3 hari.
- Siramkan ke pokok sebagai baja.
- Selepas siram dengan baja, siram juga dengan air biasa supaya pokok sentiasa lembap.
Dengan sedikit usaha, anda boleh nikmati pucuk paku muda dan segar terus dari halaman rumah. Tak perlu lagi risau pucuk keras atau harga mahal di pasar.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaid Azizy Yaakob