Cara Tanam Tembikai Sendiri, Dua Bulan Dah Boleh Makan!

Cara Tanam Tembikai Sendiri, Dua Bulan Dah Boleh Makan!

Tengok tembikai merah dan kuning yang menyerlah memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan itu hasil dari tangan sendiri.

Kalau nak tahu, tanam tembikai ini taklah susah. Paling menarik, dalam tempoh dua bulan selepas tanam dah boleh tuai dan makan!

Berikut adalah tutorial lengkap cara tanam tembikai yang dikongsi oleh Asrul Achoi.


Tutorial Tanam Tembikai

  1. Ambil biji tembikai dari buah, kemudian bersihkan.
  2. Lapik tisu dalam dulang dan taburkan biji tembikai tadi. Tutup dengan tisu dan basahkan tisu tersebut. Letakkan di tempat teduh seperti atas meja.
  3. Periksa setiap hari. Jika tisu kering, renjiskan sedikit air untuk pastikan ia sentiasa lembap. Ulang proses ini selama 6-7 hari sehingga biji tembikai mengeluarkan tunas.
  4. Alihkan biji bertunas ke tapak semaian apabila tunas sudah keluar.
  5. Suburkan tanah menggunakan rumput laman yang dipotong dan dibiarkan reput di atas tanah.
  6. Apabila pokok tembikai semakin besar, ikat pokok dengan tali sebagai sokongan untuk elak ia patah dipukul angin.
  7. Apabila pokok mula berbuah, buang sebahagian bunga supaya zat tertumpu kepada buah. Disyorkan satu pokok hanya dibiarkan dua biji buah sahaja supaya hasil lebih besar dan berkualiti.
  8. Buah mula berputik sebulan selepas ditanam, dan dalam tempoh dua bulan buah sudah boleh dituai.

Tip Petik Buah Tembikai

  • Lihat pada bebenang berpintal yang terdapat berhampiran tangkai buah.
  • Jika bebenang bertukar warna dari hijau muda ke coklat tua, itu tanda buah sudah cukup matang untuk dipetik.
  • Peram buah selama 2-3 hari selepas dipetik untuk rasa yang lebih manis.

Selamat mencuba! Tanam tembikai sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan, tapi juga sangat memuaskan apabila dapat menikmati hasilnya.

Sumber: Asrul Achoi