DIY Cara Tampal Jubin atau Mozek Tertanggal Dengan Mudah

 

DIY Cara Tampal Jubin atau Mozek Tertanggal Dengan Mudah

Selalu berlaku jubin atau mozek pada table top, dinding atau lantai tertanggal. Jika hanya satu atau dua keping mozek tercabut, tak perlu panggil kontraktor kerana membazir. Penyelesaiannya boleh DIY saja sebab caranya sangat mudah.

Cara ini hanya perlu tampal balik jubin atau mozek yang tercabut (jika masih elok) menggunakan gam khusus untuk jubin. Gam jenis ini boleh dibeli di kedai hardware atau secara online.

1. Guna X Bond (Construction Adhesive Sealant)

Cara menggunakan gam ini adalah dengan meletakkan gam pada satu bahagian sama ada pada jubin atau permukaan simen. Kemudian tepekkan jubin pada tempat asalnya.

Untuk memastikan gam lekat dengan baik, tampal permukaan jubin menggunakan masking tape dan biarkan hingga kering.

2. Guna Tile Adhesive

Boleh juga guna gam jenis tile adhesive. Caranya:

  • Bersihkan permukaan simen dan pecahkan saki baki simen supaya permukaan rata.
  • Pastikan tiada habuk, minyak atau kotoran lain pada permukaan.
  • Letakkan gam pada kedua-dua bahagian, iaitu pada simen dan jubin.
  • Pastikan jubin dalam keadaan kering.
  • Tampal menggunakan masking tape supaya kedudukan jubin tidak berubah.
  • Biarkan gam kering sepenuhnya.

Di pasaran ada juga beberapa jenis gam jubin lain yang boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Ok, dah selesai masalah! Senang saja kan?

Sumber: Ahmad Zunairi Mohamad