Tanam Sayur Dalam Beg Plastik, Mudah & Jimat. Ini Caranya!
Kalau anda suka bercucuk tanam tapi kekurangan ruang dan bajet, anda boleh cuba cara ini — tanam sayur menggunakan beg plastik biasa! Biasanya kita guna pasu, polibeg atau botol plastik, tapi beg plastik beli barang pun boleh jadi medium tanaman yang berkesan.
Perkongsian oleh Home Garden menunjukkan bagaimana pokok salad ditanam menggunakan beg plastik dengan hasil yang subur. Jom ikut panduan langkah demi langkah ini!
Cara Tanam Sayur Dalam Beg Plastik
- Sediakan tapak semaian: Guna pasu kecil atau tray semaian dan taburkan biji benih salad.
- Siram dan letak di tempat redup: Tunggu anak benih tumbuh hingga ada sekurang-kurangnya 4 helai daun (sekitar 8 hari).
- Sediakan beg plastik: Gunakan beg plastik jenis tebal dan tahan koyak. Boleh guna semula beg barang dapur yang bersih.
- Isi dengan media tanaman: Masukkan cocopeat ke dalam beg plastik sebagai medium tanaman.
- Pindahkan anak benih: Alih anak pokok salad ke dalam beg plastik. Setiap beg plastik hanya satu pokok.
- Buat lubang pengaliran air: Guna pisau untuk buat 4-5 lubang kecil di bahagian bawah beg plastik.
- Siram: Siram terus anak pokok selepas dipindahkan. Siram 2 kali sehari (pagi dan petang).
- Baja: Lakukan pembajaan secara berkala mengikut jenis baja yang digunakan.
Hasil Tanaman Selepas 35 Hari
Selepas lebih kurang 35 hari, pokok salad yang ditanam dalam beg plastik ini sudah matang dan sedia untuk dituai. Daunnya subur dan sihat, sesuai untuk dimasak atau dibuat salad segar.
Kaedah ini bukan saja mudah dan jimat, malah sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan terhad atau di rumah bertingkat.
Anda boleh guna kaedah yang sama untuk tanam sayur berdaun lain seperti sawi, bayam, kangkung, pak choy dan sebagainya.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Untuk lebih jelas, anda juga boleh rujuk video panduan yang dikongsikan oleh Home Garden.
Sumber: Home Garden