✨ Tip Mudah Cuci Dapur Kaca Supaya Bersih dan Berkilat
Mencuci dapur terutama jenis kaca memang agak sukar untuk memastikan ia benar-benar bersih. Selalunya akan ada kesan minyak dan hitam walaupun sudah menggunakan sabun pencuci.
Tapi ada tip mudah yang boleh dipraktikkan supaya dapur memasak bukan sahaja bersih tetapi juga berkilat tanpa perlu guna air pun!
Tip Cuci Dapur Kaca Guna Tepung Gandum
- Tabur tepung gandum pada permukaan dapur kaca.
- Gosok dengan tangan secara perlahan tanpa menggunakan air.
- Lap dengan kain bersih hingga permukaan dapur nampak bersih dan berkilat.
Tip ini sangat mudah dan jimat, sesuai untuk anda yang mahu dapur sentiasa kelihatan cantik tanpa kerja berat.
Selamat mencuba!
Sumber: Idel Hayarnulis