🌿 Tip Mudah dan Cepat Biakkan Pokok Kesum
Daun kesum selalu digunakan dalam masakan harian, sebab itu ramai yang tanam pokok ini di rumah. Namun, ada juga yang merungut pokok kesum tak hidup lama, baru besar sikit dah layu kekuningan dan mati.
Sebenarnya pokok kesum antara yang mudah ditanam jika betul caranya. Bagi yang selalu tak menjadi tanaman pokok kesum, boleh ikut cara penanaman yang dikongsi oleh MOhd Fadzil ini. Ia adalah cara mudah dan cepat untuk membiakkan pokok kesum.
Kenapa Tanam Pokok Kesum?
Daun kesum banyak digunakan dalam masakan, walaupun guna sikit-sikit saja. Elok ditanam di tepi rumah supaya mudah ambil bila nak buat laksa utara atau asam pedas. Aroma daunnya yang segar memang menyenangkan dan pokok renek ini juga banyak khasiat.
Pokok kesum ini suka tempat yang berair dan mengalir. Ada dua jenis pokok kesum — satu jenis menjalar dan satu lagi menegak.
✅ Cara Mudah dan Cepat Biakkan Pokok Kesum
- Ambil ranting atau keratan pokok kesum yang panjang kemudian tanam dalam pasu atau bekas kecil berisi tanah.
- Siram 2-3 kali sehari. Selang 4-5 hari akar akan mula tumbuh pada ranting yang ditanam.
- Selepas 10 hari, akar semakin banyak dan ranting yang berakar ini boleh dialihkan ke pasu lain.
- Alhamdulillah, sudah ada banyak polibeg yang dibiakkan dengan cepat menggunakan kaedah ini. Musim hujan memudahkan lagi kerana tidak perlu siram tiap hari.
Selamat mencuba dan semoga pokok kesum anda subur dan banyak hasil!