🧺 Tip Penjagaan Mesin Basuh Supaya Tahan Lebih Lama
Mesin basuh adalah antara alatan yang sangat penting di rumah. Bila rosak, memang boleh buat stres sebab tak dapat nak basuh pakaian harian yang semakin bertambah setiap hari.
Supaya mesin basuh tidak cepat rosak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang, anda boleh ikut tip penjagaan mesin basuh yang dikongsikan oleh Ridzuan Al Fattani, seorang yang berpengalaman dalam penyelenggaraan barang elektrik. Perkongsian ini dibuat dalam satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
🔧 Tip Jaga Mesin Basuh Supaya Jangka Hayat Lebih Lama
Berikut antara tip mudah penjagaan mesin basuh yang boleh anda amalkan di rumah:
- Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian.
Ikut kapasiti maksimum yang disyorkan oleh pengeluar. Beban berlebihan akan menyebabkan motor cepat rosak. - Matikan suis soket selepas digunakan.
Elakkan biarkan mesin dalam keadaan ‘standby’. Suis yang sentiasa ‘on’ akan menyebabkan papan komputer menjadi panas dan rosak dalam jangka masa panjang. - Cuci tub mesin sebulan sekali dengan air panas.
Jerang air selama 5 minit dan masukkan ke dalam mesin. Jalankan kitaran basuhan minima untuk mencuci saluran dan elakkan injap buang air tersumbat. - Jika putaran mesin lemah, belting mungkin longgar.
Gunakan spanar untuk mengetatkan belting di bawah mesin. Jika tak pandai, boleh upah tukang — biasanya kos sekitar RM10-20 sahaja. - Air masuk perlahan? Periksa filter di paip masuk.
Penapis mungkin tersumbat. Bersihkan filter untuk kembalikan aliran air yang lancar. - Air tak keluar? Valve buang air mungkin tersumbat.
Mungkin ada duit syiling, objek keras, atau kotoran yang tersekat. Jika dibiarkan lama, boleh rosakkan papan komputer mesin. - Bersihkan penapis habuk dalam drum mesin setiap minggu.
Habuk dan benang dari pakaian akan terkumpul di penapis ini. Bersihkan secara berkala mengikut kekerapan basuhan anda.
💡 Penjagaan Rutin Penting untuk Elakkan Kos Tinggi
Cermat menggunakan peralatan elektrik akan memanjangkan jangka hayatnya. Mesin basuh adalah pelaburan penting dalam rumah — bukan mudah nak tukar baru setiap 2 tahun.
Dengan penjagaan yang betul, mesin basuh boleh bertahan lebih 5-10 tahun tanpa masalah besar.
Semoga bermanfaat! Kongsikan tip ini dengan ahli keluarga atau rakan supaya semua dapat manfaatnya. 🧼