Tip Tanam Cili Solok (Lada Solok) Berbuah Lebat & Tahan Penyakit – Ikut Cara Ben Safwan

 

Tip Tanam Cili Solok (Lada Solok) Berbuah Lebat & Tahan Penyakit – Ikut Cara Ben Safwan

Cili solok atau lada solok cukup popular di Kelantan, terutama dalam hidangan terkenal seperti solok lada. Namun, untuk dapatkan lada ini di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang agak sukar. Jadi, apa kata tanam sendiri?

Berikut ialah perkongsian daripada Ben Safwan tentang cara tanam lada solok supaya:

  • Berbuah lebat
  • Tahan serangan lalat buah, bena putih, dan lain-lain
  • Daun subur menghijau dan tak kerinting

1. Anak Pokok & Semaian

Anda boleh mula dari semaian biji benih, tapi nak lebih mudah, beli saja anak pokok yang berusia hampir 2 bulan (dah stabil dan subur). Boleh dapatkan terus dari Sopi Ben.

2. Penyediaan Medium Tanaman

Ben cadangkan campuran media berikut:

  • 1 beg tanah 5 dalam 1 atau 8 dalam 1 (28 liter)
  • 2 beg tanah merah (dari nurseri)
  • 500g tahi kambing yang sudah diperam

Masukkan campuran media ini ke dalam polibeg saiz 16×16. Satu campuran boleh dapat 3-4 polibeg.

3. Pindahkan Anak Pokok

Alihkan anak pokok ke dalam polibeg baru. Jangan buang tanah asal – masukkan terus sekali untuk elak gangguan kepada akar. Letakkan pokok betul-betul di tengah dan kemas tanah di sekelilingnya.

4. Penyesuaian Cahaya

  • Hari 1–5: Letak pokok di bawah cahaya pagi hingga tengahari, kemudian alih ke tempat redup.
  • Selepas itu: Letakkan di tempat yang dapat cahaya matahari penuh. Pokok cili perlukan cahaya terus untuk hasilkan buah yang banyak.

5. Siraman & Baja

  • Siram: 1 liter air paip setiap 2 hari sekali. Jika bekas kecil, siram setiap hari pada waktu pagi/lewat petang.
  • Booster: Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari untuk suburkan pokok dan elak serangan serangga.
  • Baja:
    • Minggu 1: Baja subur
    • Minggu 2: Baja buah
    • Ulang kitaran ini, anggaran 1 sudu KFC untuk setiap pokok (letak 5–10cm dari batang).
    • Jika buah dah lebat, hentikan baja buah dan teruskan baja subur sahaja.

6. Pemangkasan Daun

  • Buang daun yang tak perlu sebelum cabang Y.
  • Buang juga daun yang terlalu besar di bawah – ini penting supaya nutrien pergi kepada buah, bukan daun sahaja.
  • Tapi jangan terlalu banyak buang – daun penting untuk proses fotosintesis & pertumbuhan buah.

7. Tip Tambahan

Sentiasa berinteraksi dengan tanaman – cakap-cakap dengan pokok dan mohon doa agar pokok subur & hasil memuaskan. Tanam dengan kasih sayang!

Sumber: Ben Safwan