Tip Tanam Kailan Supaya Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil, Jimat & Mudah


🌱 Tip Tanam Kailan Supaya Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil, Jimat & Mudah

Memang berbaloi tanam kailan sekarang, apatah lagi harga sayur semakin naik. Kailan bukan sahaja mudah bercambah, tetapi juga senang dijaga. Sesuai sangat untuk ditanam di rumah.

Boleh tanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak cuba kaedah hidroponik pun boleh juga. Yang bestnya, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih disemai, kailan sudah boleh dituai. Dah boleh masak kailan ikan masin sendiri tanpa perlu beli di restoran dengan harga RM10-RM15 sepinggan kecil.

Bagi yang baru nak mula tanam sayur, boleh ikut langkah penanaman di bawah:

✅ Langkah Mudah Tanam Kailan

  1. Semai biji benih atas tray semaian atau polibeg. Anak benih boleh dibeli di nurseri atau online. Gunakan media semaian seperti peat mos.
  2. Tutup tray semaian dengan plastik hitam untuk mempercepatkan percambahan. Atau letak di tempat terlindung dari cahaya matahari. Dalam 3-4 hari anak benih akan muncul. Kemudian alihkan plastik.
  3. Bila anak benih berdaun 4, boleh alih ke tanah, polibeg, atau batas. Kailan sesuai ditanam di tanah yang tinggi kadar organiknya.
  4. Selepas alih, tutup sedikit kawasan akar dengan cocopeat, lalang, atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
  5. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
  6. Sayur kailan boleh dituai dalam 4-7 minggu, pada waktu itu ia sudah tidak terlalu muda dan sesuai untuk dimasak.

🌿 Petua Penjagaan Kailan Supaya Hasil Lebih Banyak

  • Siram dengan air basuhan beras untuk tambah nutrisi semulajadi.
  • Gunakan baja tahi ayam untuk suburkan tanaman.
  • Jangan cabut akar bila tuai kailan, sebaliknya potong daun dan tinggalkan sehelai dua daun supaya pokok boleh bercambah semula.
  • Teknik ini dinamakan cut-and-come-again yang membolehkan satu pokok menghasilkan hasil sehingga 5 kali.

Semoga tip ini membantu anda untuk berjaya tanam kailan sendiri di rumah!

Sumber: myagri.com.my & Facebook Berkebun D Rumah