Tip Tanam Lobak Putih (White Radish) Supaya Cepat Tumbuh dan Umbisi Besar

Tip Tanam Lobak Putih (White Radish) Supaya Cepat Tumbuh dan Umbisi Besar

Lobak putih memang sayur yang sangat berbaloi ditanam. Bukan saja ubi, daunnya juga boleh dibuat masakan. Cara penanamannya ringkas dan menarik sebab batang lobak akan terkeluar bila matang, membuatkan kita teruja untuk menuai.

Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau Cikgu Kebun berkongsi panduan dan tip supaya lobak cepat tumbuh dan umbisinya besar.

1. Sediakan Tong Air

Cari tong air 200L dan belah dua. Tong ini tidak perlu dilubangkan kerana baja dan air 100% lobak akan diambil. Letakkan tong di bawah bumbung, green house, atau awning supaya tidak terdedah kepada panas langsung.

2. Buat Campuran Tanah

Untuk tanaman umbisi seperti lobak, elakkan tanah keras kerana menyukarkan lobak membesar. Campurkan:

  • 2 baldi tanah sawit
  • 2 baldi tanah merah
  • 2 baldi sabut
  • 1 baldi sekam bakar
  • 1 baldi sekam mentah
  • 500g baja wangi serbuk

Gaul campuran dan siram dengan Soil Treatment atau EM (Effective Microbes) untuk kesuburan tanah.

3. Semai Biji Benih

Semai benih lobak putih (boleh beli online). Jangan semai banyak, cukup sepokok satu lubang dalam tray semaian. Pilih anak pokok yang sihat untuk dipindah tanam.

4. Jarakkan Pokok

Buat jarak sejengkal atau lebih antara pokok supaya daun lobak tumbuh dengan luas seperti pokok sawi. Ruang yang luas membolehkan umbisi lebih besar.

5. Siraman

Siram basah saja, guna jari telunjuk cucuk ke dalam tanah untuk cek kelembapan. Jika tanah lembap, tidak perlu siram lagi. Tong air tidak dilubangkan jadi jangan siram berlebihan.

6. Pembajaan

Tabur baja wangi serbuk seminggu sekali. Siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sedikit demi sedikit. Pembajaan konsisten akan mempercepatkan pertumbuhan dan menghasilkan lobak besar.

7. Kawalan Serangga

Lakukan kawalan serangga seminggu sekali dengan semburan pada daun dan tanah menggunakan produk organik.

8. Top Up Tanah

Apabila lobak putih mula muncul dari permukaan tanah, tambah tanah lagi banyak supaya lobak membesar lebih besar.

Insya Allah dalam 45-60 hari boleh tuai lobak putih. Tanam di tempat yang tinggi seperti rak supaya lobak mudah dilihat dan dituai.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi