Cara Tanam Pokok Kari Guna Buah: Mudah & Berhasil

 


Cara Tanam Pokok Kari Guna Buah: Mudah & Berhasil

Jika anda ada menanam pokok kari di rumah dan ia sudah berbuah, sebenarnya anda boleh manfaatkan buahnya untuk menghasilkan lebih banyak pokok kari baharu. Ramai yang tak tahu, selain keratan batang, buah kari yang matang juga boleh dijadikan benih untuk semaian.

Kaedah ini sangat sesuai jika anda ingin membiak pokok kari dalam kuantiti banyak. Prosesnya mudah dan dikongsikan oleh Eddy Rusdi Abdullah yang sudah dua kali berjaya menyemai pokok kari melalui buahnya.

Cara Semai Pokok Kari Guna Buah

  1. Pilih buah kari yang matang – buah berwarna gelap atau kehitaman menandakan ia sudah cukup matang untuk disemai.
  2. Petik terus dari pokok – elakkan dari biarkan buah jatuh ke tanah kerana ia boleh rosak dan tidak menjadi bila disemai.
  3. Semaikan buah terus ke tanah – buat lubang kecil di medium semaian dan letakkan buah di dalamnya. Tak perlu kambus atau tutup dengan tanah.
  4. Biji akan mula bercambah selepas lebih kurang 2 minggu. Tanda pokok mula tumbuh adalah munculnya tunas kecil dari buah tersebut.
  5. Alih ke pasu apabila anak pokok sudah ada beberapa helai daun. Gunakan campuran cocopeat dan tanah organik sebagai medium tanaman.
  6. Siram 2 kali sehari. Pokok kari sukakan air, dan daun akan jadi lebih besar dan lebat jika mendapat air mencukupi. Tapi elakkan air bertakung.

Tip Penjagaan Pokok Kari Supaya Subur

  • Letak di kawasan separa redup tetapi masih menerima cahaya matahari secukupnya.
  • Baja seminggu sekali – jika pokok lambat membesar, guna baja subur. Jika kurang daun, guna baja khas untuk lebatkan daun.

Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin memperbanyakkan pokok kari secara mudah, tanpa memerlukan banyak kos atau peralatan khas. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sumber: Eddy Rusdi Abdullah