Cara Tanam Pokok Rose Jepun (Bunga Pukul 10) Mudah & Cantik
Salah satu cara untuk jadikan laman rumah lebih berseri adalah dengan menanam pokok bunga berwarna-warni. Bagi yang tidak berapa rajin menjaga tanaman, pokok Rose Jepun sangat disarankan.
Bunga ini mempunyai pelbagai warna yang cantik dan segar. Dikenali juga sebagai bunga pukul 10, pokok ini mudah disemai dan sangat senang dijaga. Panduan penanaman ini dikongsi oleh Nadiah yang sudah berjaya menanam pokok bunga ini di rumah.
Kenapa Pilih Pokok Rose Jepun?
- Mudah disemai
- Mudah dijaga
- Memberi ketenangan dan rehatkan minda
- Baik untuk kesihatan mata apabila duduk di luar sambil menikmati bunga
Bahan-bahan yang Diperlukan
- Pucuk benih Rose Jepun
- Baja serbuk kopi
- Tanah untuk penanaman
Langkah-langkah Tanam Pokok Rose Jepun
- Potong pucuk benih rose sepanjang 3 inci.
- Untuk dapatkan lebih banyak pokok, boleh kerat pucuk benih menjadi 1 inci atau ½ inci.
- Cucukkan pucuk benih ke dalam pasu yang diisi dengan tanah.
- Isi pasu dengan pucuk benih sehingga penuh kawasan dalam pasu.
- Siram pokok dua kali sehari dan tabur baja serbuk kopi.
- Pastikan bunga mendapat cahaya matahari secara langsung.
- Setelah 3 minggu, pokok Rose Jepun akan mula mekar dan cantik.
Selamat mencuba dan semoga berjaya menghasilkan pokok bunga yang cantik dan segar di laman rumah anda!
Sumber: Nadiah