Tanam Kunyit Kampung Cara ‘Malas’ Pun Menjadi, Tapi Hasil Memang Puas Hati

 


Tanam Kunyit Kampung Cara ‘Malas’ Pun Menjadi, Tapi Hasil Memang Puas Hati

Kunyit antara tanaman yang banyak digunakan dalam masakan harian. Tapi tahukah anda, kunyit kampung adalah antara jenis kunyit yang lebih digemari kerana rasanya lebih enak dan aromanya tidak terlalu maung.

Ciri-ciri kunyit kampung:

  • Saiz rizom (isi kunyit) lebih kecil
  • Rasa lebih sedap
  • Banyak dijual di Kelantan

Menariknya, kunyit kampung ini sangat mudah ditanam. Malah menurut perkongsian Tukang Kebun, cara ‘malas’ pun boleh membuahkan hasil.

Cara ‘Malas’ Semai Kunyit Kampung

  1. Tanam kunyit kampung dalam polibeg atau pasu. Tidak perlu terlalu dalam.
  2. Jika terkena hujan lebat atau banjir, usah risau. Daun mungkin buruk, tapi rizom biasanya masih selamat.
  3. Lepas banjir, korek tanah dan ambil isi kunyit. Kemudian, biarkan saja atas permukaan tanah.
  4. Tidak perlu kambus pun tidak mengapa. Kalau nak kambus, cukup dengan sedikit tanah sahaja.
  5. Selepas beberapa minggu, daun baru akan mula tumbuh. Boleh pindahkan ke pasu atau polibeg kekal jika mahu.

Tips Tambahan

  • Kunyit perlukan tempat teduh separa dan tidak terlalu panas terik.
  • Siram cukup sekadar lembapkan tanah. Elakkan air bertakung.
  • Boleh tuai kunyit selepas 6-8 bulan ditanam, bergantung kepada pertumbuhan.
Tanam kunyit ni memang boleh buat "sambil-sambil", tak perlu jaga rapi pun. Tapi hasilnya tetap boleh digunakan untuk masakan atau buat jamu.

Semoga bermanfaat! Kalau suka tanam sendiri bahan dapur, kunyit kampung memang antara tanaman yang wajib cuba.

Sumber: Tukang Kebun