Tanam Pokok Cili Bersama Pokok Bunga Untuk Elak Serangan Perosak

 


Tanam Pokok Cili Bersama Pokok Bunga Untuk Elak Serangan Perosak

Kalau anda suka menanam pokok cili dan risau akan serangan perosak, anda boleh cuba kaedah mudah ini — tanam pokok bunga di sekeliling pokok cili.

Ramai yang tidak tahu bahawa menanam pokok bunga bersama pokok cili sebenarnya boleh membantu mengurangkan serangan serangga perosak. Selain itu, halaman rumah juga akan jadi lebih berseri dan menarik.

Kaedah ini telah dikongsi oleh usahawan tani Kakak Kebun, dan berikut adalah beberapa manfaat besar dari teknik ini:

🌼 Kebaikan Tanam Pokok Bunga Bersama Pokok Cili:

  1. Kurang serangan perosak
    Pokok bunga akan menarik perhatian serangga lain dan mengelakkan pokok cili diserang oleh trips, aphids, hamama, ulat dan sebagainya.
  2. Penyakit pokok pun akan berkurangan
    Bila serangga perosak kurang, risiko pokok dijangkiti penyakit juga berkurang.
  3. Menarik agen pendebungaan
    Kehadiran bunga menarik lebah, kelulut dan kumbang yang membantu proses pendebungaan pokok cili — hasilnya, buah jadi lebih banyak!
  4. Membantu kawalan biologi semula jadi
    Serangga baik seperti ladybug, labah-labah, pepatung akan membantu mengawal serangga perosak dengan memakan telur dan larva mereka.
  5. Elakkan racun kimia
    Jangan guna racun kimia agar tidak membunuh serangga baik (sahabat ladang) yang membantu menjaga tanaman.
  6. Gunakan kaedah organik
    Baja organik dan semburan semula jadi bantu kawal serangga serta tingkatkan ketahanan pokok secara semula jadi.

🌸 Jenis Pokok Bunga Yang Sesuai:

  • Rose Jepun
  • Marigold / Bunga Tahi Ayam
  • Bunga Pukul 10 / Turnera
  • Zinnia

Selain berfungsi sebagai kawalan serangga semula jadi, pokok-pokok bunga ini juga menjadikan kebun lebih cantik dan ceria!

Sumber: Perkongsian oleh Kakak Kebun