Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat & Mudah Sangat!
Dengan harga bawang merah dan barang dapur lain yang semakin mahal, menanam sendiri bahan masakan seperti ini di rumah adalah langkah bijak. Selain jimat, kita juga dapat hasil yang lebih segar dan bebas bahan kimia.
Menerusi perkongsian dari Misnah Olo, beliau berjaya menanam sendiri bawang merah di rumah dengan hasil yang sangat memuaskan. Berikut adalah cara penanaman yang dikongsi untuk anda cuba sendiri.
Cara Tanam Bawang Merah Guna Bawang Dapur
- Guna bawang merah biasa dari dapur. Potong sedikit bahagian jambulnya untuk mudahkan daun keluar.
- Gunakan tanah yang sesuai – tanah hitam sawit dicampur dengan sedikit tanah merah. Tanah mesti peroi dan mudah serap air.
- Tanam sebiji-sebiji. Benamkan sedikit sahaja pangkal bawang, jangan tanam terlalu dalam. Jarakkan tanaman supaya bawang boleh membesar.
- Terbuka pada cuaca. Bawang boleh dibiarkan kena hujan dan panas. Siram dua kali sehari, terutamanya waktu awal tunas keluar.
- Baja dua minggu sekali untuk bantu pertumbuhan. Bila bawang dah mula besar, cukup siram sekali sehari sahaja.
- Elak air berlebihan. Bawang mudah rosak jika terlalu banyak air – pastikan saliran baik.
- Penting: Jangan petik daun bawang semasa proses tumbuh. Ini akan mengganggu proses pembentukan bawang di bawah tanah.
- Tuai selepas 3 bulan. Tanda bawang dah boleh dituai ialah daun mula menguning dan mengering.
Hasilnya?
Dalam masa lebih kurang 3 bulan, anda boleh dapat hasil bawang merah dari laman rumah sendiri! Daunnya segar, bawangnya pun cantik dan boleh dijadikan stok dapur yang lebih menjimatkan.
Selamat mencuba teknik tanam sendiri bawang merah ini di rumah. Mudah, jimat dan hasilnya memang berbaloi!
Sumber: Misnah Olo