Teknik Kokedama Pokok Sirih: Alternatif Menarik Tanam Sirih Supaya Hidup Subur
Ramai yang cuba tanam pokok sirih tetapi mengadu pokok tidak menjadi atau cepat mati. Jika sebelum ini anda tanam terus dalam tanah, apa kata cuba pula teknik kokedama – satu kaedah dari Jepun yang boleh dijadikan alternatif menarik dan kreatif untuk menanam pokok sirih.
Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Muhamad Nazar yang menggunakan bahan tempatan seperti sabut kelapa sebagai pengganti lumut Jepun.
Apa Itu Kokedama?
Kokedama ialah teknik menanam tumbuhan dalam gumpalan tanah yang dibalut dengan sabut kelapa atau lumut. Ia boleh digantung atau diletakkan dalam bekas sebagai hiasan.
Bahan-Bahan Diperlukan
- Gunting
- Benang jahit
- Benang minlon (untuk hiasan - optional)
- Tanah compost sawit + cocopeat
- Sabut kelapa (boleh juga guna sphagnum moss)
- Batang pokok sirih yang sudah ada akar angin
- Hormon penggalak akar (optional)
- Mangkuk (untuk bantu bentuk kokedama)
Langkah-Langkah Menanam Sirih Dengan Kaedah Kokedama
- Lembapkan tanah supaya mudah dibentuk.
- Sapu hormon penggalak akar pada nod batang sirih dan biarkan selama 5 minit.
- Bentuk tanah menjadi bulat mengelilingi akar angin pokok sirih.
- Letakkan bola tanah tersebut di atas sabut kelapa dalam mangkuk.
- Ikat dengan benang jahit sambil membentuk bulatan yang kemas.
- Balut semula dengan benang minlon untuk penampilan lebih menarik.
- Siap! Pokok boleh digantung atau diletak dalam mangkuk hiasan.
Penjagaan & Cara Siraman
- Letakkan kokedama di tempat teduh tetapi terang (cahaya tidak langsung).
- Siram dengan semburan air, atau
- Celup keseluruhan kokedama dalam baldi air selama 1 minit apabila medium mula kering.
Pokok Lain Yang Sesuai Untuk Teknik Kokedama
- Pokok duit-duit (money plant)
- Pilea
- English Ivy
- Tanaman hiasan indoor lain
Teknik ini bukan sahaja menjadikan tanaman lebih mudah dijaga, tetapi juga menjadikan dekorasi rumah lebih cantik dan semula jadi.
Selamat mencuba! Jangan lupa kongsi hasilnya dengan rakan-rakan atau di media sosial.
Sumber: Muhamad Nazar