Tip Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah Tanpa Kitchen Hood
Memasak tumis-tumis memang sedap, tapi bau yang melekat dalam rumah selepas memasak boleh buat kita rasa tak selesa. Bagi rumah yang tiada kitchen hood, jangan risau! Ada cara mudah dan semula jadi untuk hilangkan bau masakan agar rumah kembali harum dan segar.
Selepas selesai memasak dan kemas dapur, cuba rebus bahan-bahan ini sebagai penyegar udara semula jadi.
Bahan-bahan Diperlukan:
- Rosemary (boleh guna yang kering atau segar)
- Cengkih
- Kayu manis
Cara-cara Menghilangkan Bau Masakan:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus selama 10 hingga 15 minit.
- Gunakan api yang kuat supaya wap naik dan menyebar ke seluruh rumah.
- Apabila bahan sudah cukup direbus, tutup api dan biarkan sejuk selama satu malam.
- Tapis air rebusan dan simpan dalam botol spray.
- Spray di seluruh rumah untuk hilangkan bau masakan dan segarkan suasana.