Tip Tanam dan Penjagaan Pokok Keladi Lambok Supaya Subur & Besar
Pokok keladi lambok memang mudah tumbuh subur dan besar. Kalau tanam sepokok dua di rumah pun sudah cukup untuk digunakan masak pelbagai juadah seperti asam rebus, asam pedas, masak lemak, sayur pedas batang keladi, kerabu dan banyak lagi.
Sayur ini jarang dijual di pasaran, jadi kalau nak tanam sendiri di rumah sangatlah digalakkan. Keladi lambok boleh ditanam menggunakan anak pokok, sama ada dalam pasu atau kotak polisterin.
Tip Tanam dan Penjagaan Pokok Keladi Lambok Supaya Besar & Tinggi
Perkongsian daripada Ibrisam Wossali tentang cara menjaga dan menanam pokok keladi lambok yang subur dan sihat:
- Tanah campuran yang digunakan adalah nisbah 3:2:1 iaitu tanah bakar : baja organik : pasir.
- Baja yang digunakan adalah baja kopi, dan lakukan mulching menggunakan daun kering di sekeliling pokok keladi.
- Pastikan pokok diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya.
- Untuk pokok keladi yang besar dan tinggi, rajin-rajinlah membuang atau mengalihkan anak pokok yang tumbuh di sekitar pokok induk supaya sumber nutrisi tidak tersebar terlalu banyak.
- Pokok keladi lambok yang ditanam dalam pasu atau kotak polisterin boleh mencapai ketinggian melebihi 4 kaki.
Dengan 4 pelepah keladi yang dipetik, anda sudah boleh memasak secukupnya untuk 5 orang makan. Memang berbaloi menanam pokok keladi lambok ini di rumah.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Ibrisam Wossali