2 Cara Berkesan Menyelamatkan Anak Pokok Durian Selepas Banjir



2 Cara Berkesan Menyelamatkan Anak Pokok Durian Selepas Banjir

Banjir bukan sahaja menjejaskan harta benda seperti kereta dan rumah, malah hasil tanaman juga terkesan. Terutama anak pokok durian yang ditenggelami air dalam jangka masa lama, boleh menyebabkan akar menjadi lemas dan pokok mati akibat kekurangan oksigen. Namun, jangan panik! Terdapat beberapa cara berkesan untuk menyelamatkan anak pokok durian daripada musnah akibat banjir.

Pernah berdepan dengan situasi banjir yang menenggelamkan kebun duriannya, Tok Alang Channel telah berkongsi cara paling berkesan untuk merawat pokok durian selepas banjir.

2 Kaedah Menyelamatkan Pokok Durian yang Ditenggelami Air

Usaha saya menyelamatkan pokok-pokok durian yang digenangi air melibatkan dua kaedah utama yang menggunakan bahan berikut:

  • Chitosan: Berfungsi untuk memulihkan, menguatkan dan menyuburkan kembali sel-sel pokok yang reput dan rosak.
  • Racun kulat Aliette: Berfungsi untuk merawat dan mencegah serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian yang masih muda.

1. Kaedah Siraman

Kaedah ini menggunakan Chitosan sebagai bahan utama untuk memulihkan sel pokok yang sudah mati dan lemah akibat ditenggelami air. Caranya:

  1. Campurkan Chitosan mengikut sukatan yang ditetapkan dalam baldi berisi air.
  2. Tambahkan racun kulat untuk merawat serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian muda.
  3. Kacau rata dan siram keliling pangkal pokok untuk merawat akarnya.

Chitosan dan racun kulat akan membantu pemulihan pokok yang sudah kekuningan akibat banjir.

2. Kaedah Semburan

Kaedah semburan sesuai untuk pokok yang lebih besar atau jika ingin rawatan menyeluruh. Caranya:

  1. Masukkan Chitosan ke dalam air bersama racun kulat mengikut sukatan.
  2. Tambahkan baja foliar berasaskan asid amino, racun serangga 505 dan gam pertanian.
  3. Masukkan campuran ke dalam alat penyembur dan sembur pada seluruh pokok termasuk pangkalnya. Sembur sehingga semua bahagian basah dan air menitik.

Insya-Allah, jika dipraktikkan dengan betul, pokok akan pulih dan terus membesar dengan sihat.

Tip Tambahan

  • Pastikan penyemburan dan siraman dilakukan beberapa kali untuk kesan optimum.
  • Elakkan siraman berlebihan sehingga pokok terlalu basah selepas banjir surut.
  • Pantau kesihatan pokok secara berkala untuk mengesan sebarang tanda penyakit kulat.

Dengan cara ini, anak pokok durian anda boleh diselamatkan dan kembali subur selepas banjir.

Untuk video