3 Cara Buat Baja Organik Daripada Kepala dan Kulit Udang
Kebiasaannya bila siang udang, kulit dan kepala udang kita buang begitu sahaja, atau dijadikan stok untuk masakan. Rupanya, selain digunakan dalam masakan, kepala dan kulit udang juga boleh dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman. Ia berfungsi sebagai antibodi semula jadi, menguatkan pokok dan membantu melawan jangkitan fungus.
Perkongsian daripada Azuan Abdullah menunjukkan 3 cara mudah untuk membuat baja daripada kepala dan kulit udang.
1. Rebus Kepala Udang
Cara paling mudah ialah merebus kepala udang hingga mendidih. Selepas itu:
- Biarkan sejuk dan asingkan air dan kepala.
- Air rebusan boleh disiram terus pada pokok atau disimpan dahulu untuk lebih “power”.
- Kepala udang yang direbus juga boleh ditanam terus dengan tanah (kambus) pada pokok.
2. Sangai / Jemur
Cara kedua, tak perlu rebus kepala udang. Cukup sangai atau jemur sehingga rapuh, kemudian tumbuk atau blender. Kelebihan cara ini ialah:
- Lebih power dari cara rebus.
- Boleh disimpan lama untuk kegunaan masa depan.
3. Peram Dengan Gula Merah
Cara paling power adalah dengan peram kepala udang bersama gula merah:
- Tos kepala udang hingga air kering.
- Peram bersama gula merah selama sebulan.
- Selepas sebulan, tapis airnya sahaja dan gunakan untuk semburan pokok.
Air peraman ini sangat berkesan untuk meningkatkan antibodi pokok, terutama pokok cili.
Info Ekstra!
- Kulit udang mengandungi chitosan, yang membantu pokok sakit cepat pulih.
- Untuk semburan, tambah 2-5 ml air perahan udang ke setiap 1 liter air bergantung pada umur pokok.
Semoga bermanfaat! Sumber: Azuan Abdullah