Cara Betul Alih & Tanam Anak Pokok Baru Supaya Tak Mati
Sebelum menanam atau mengalihkan anak pokok yang dibeli ke pasu, penting untuk tahu cara yang betul supaya pokok tidak mati. Jangan terus letak pokok dalam pasu dan kambus dengan tanah begitu sahaja.
Tip Alih Pokok Baru
Berikut tip mudah daripada Pyan Sempoy, untuk menanam pokok baru, sama ada dibeli online atau offline, atau memindahkan pokok ke bekas lebih besar:
- Pastikan pokok sihat: Daun tidak layu dan bukan pucuk baru yang terlalu muda.
- Kuarantin jika perlu: Untuk pokok yang daun layu (biasanya beli online), letakkan di tempat teduh hingga daun kembali segar.
- Sediakan medium tanah: Gunakan tanah gembur atau poros. Campuran yang sesuai contohnya: topsoil, tanah hitam sawit, cocopeat & sekam bakar.
- Isi lapisan bawah pasu: Masukkan sedikit styrofoam/polisterin atau boleh ganti dengan batu-batu kecil, pecahan bata/genting untuk memastikan akar mendapat oksigen dan air lebihan mudah keluar.
- Tambah media & baja: Tutup lapisan styrofoam sedikit sahaja dengan media, tabur baja subur (contoh: Novatec Supreme), kemudian timbus lagi media sampai separuh penuh pasu.
- Letak pokok di tengah: Hati-hati membuka polibeg atau pasu asal supaya media tak pecah dan akar tidak banyak putus. Sedikit putus akar ok.
- Kambus media hingga menutupi: Jangan penuh sangat pasu, sisakan 2-3 inci dari atas.
- Siram & letak teduh: Siram sehingga lencun, kemudian jangan siram 2-3 hari supaya pokok stabil. Selepas itu siram seperti biasa.
Dengan mengikuti langkah ini, anak pokok baru akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pasu baru dan tumbuh subur.
Sumber: Pyan Sempoy