Cara Elak Ulat & Siput Pada Bayam Brazil Dengan Menanam Bawang Putih
Bayam Brazil adalah salah satu sayuran yang semakin popular kerana kandungan khasiatnya yang tinggi dan rasanya yang sedap dimakan mentah atau dimasak. Namun begitu, tanaman ini sering menjadi sasaran ulat beluncas dan siput yang boleh merosakkan daun.
Perkongsian daripada Suzurina Binti Muda ini mungkin boleh bantu anda menyelamatkan pokok bayam daripada serangan perosak, dengan hanya menggunakan bawang putih!
Tanam Bawang Putih Bersama Bayam Brazil
"Ini cara saya tanam bayam Brazil dengan bawang putih – cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu terus pun boleh. Kadang-kadang saya beli yang dah siap kupas saja, dan terus cucuk dekat pokok bayam tu."
Kaedah ini sangat mudah dan tidak memerlukan penyemburan atau racun. Anda hanya perlu cucuk beberapa ulas bawang putih ke dalam tanah berhampiran pokok bayam.
Bawang putih tersebut akan hidup dan tumbuh bersama pokok bayam. Ia akan mengeluarkan bau yang kuat dan tidak menyenangkan bagi serangga perosak seperti:
- Ulat beluncas
- Siput halus dan besar
- Serangga penghisap daun
Mengapa Bawang Putih Berkesan?
Bau bawang putih yang kuat mengandungi sulfur dan sebatian organik yang tidak disukai oleh serangga dan haiwan perosak. Malah, menurut Suzurina:
"Dulu saya spray guna bawang putih blend, tapi agak renyah. Sejak jumpa kaedah ini, cucuk bawang putih saja. Sekarang dah tak ada ulat halus, siput pun lari. Hantu pun lari bau bawang putih ni!"
Boleh Guna Pada Pokok Lain Juga
Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk bayam Brazil, tapi boleh juga digunakan pada tanaman lain seperti:
- Pokok cili
- Kangkung
- Sawi
Tips Tambahan:
- Gunakan bawang putih yang segar, bukan reput.
- Boleh tanam dalam pasu atau atas tanah.
- Pastikan tanah sentiasa lembap agar bawang mudah tumbuh bersama pokok utama.
Alhamdulillah, dengan kaedah ini, sayuran lebih sihat dan bebas racun. Anda juga dapat hasil yang segar dari laman rumah sendiri!
Sumber: Suzurina Binti Muda (Group Beginner Tanam Pokok & Sayur)