Cara Tanam Halia Dalam Pasu – Mudah, Jimat & Hasil Berbaloi
Pokok halia antara tanaman yang sangat berbaloi untuk ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan sering digunakan dalam masakan harian. Menariknya, anda tak perlukan kawasan luas pun – tanam dalam pasu pun boleh menjadi!
Jika anda ada lebihan halia yang dah bertunas dalam peti sejuk, jangan dibuang. Itu peluang untuk semai sendiri pokok halia di rumah.
Cara Mudah Halia Cepat Bertunas
- Bungkus halia dengan tisu basah.
- Masukkan ke dalam bekas bertutup dan tambah hirisan bawang besar untuk merangsang pertumbuhan tunas.
- Pastikan tisu sentiasa lembap, tetapi tidak terlalu basah.
- Apabila halia sudah bertunas, bolehlah ditanam dalam pasu atau tanah.
Cara Tanam Pokok Halia Dalam Pasu
- Sediakan pasu besar (muat 5–6 beg tanah). Isi dengan 4 beg tanah 3-in-1 dari nurseri atau campur tanah hitam.
- Gunakan halia tua dan jenis besar – lebih banyak mata tunas, lebih cepat jadi.
- Kerat halia sepanjang lebih kurang 3 inci. Tanam sedalam ½ jengkal. Letak 2 ketul rizom dalam satu pasu besar, jarakkan 1 jengkal.
- Tanam secara terlentang untuk galakkan lebih banyak tunas keluar.
- Siram 2 kali sehari sehingga daun tumbuh lebih kurang 2 kaki. Selepas itu, tambah lagi 1 beg tanah hingga penuh pasu.
- Apabila pokok dah berusia 3 bulan, kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, cukup sekadar tanah tidak kering.
- Siraman baja sisa dapur seperti:
- Air basuhan ikan / beras
- Kulit bawang
- Kulit telur kering
- Nasi dingin
- Perut ikan ditanam dalam tanah
Tanda-Tanda Pokok Halia Sedia Dituai
- Daun mula berubah warna, menguning atau mati – ini normal dan petanda halia matang.
- Bunga muncul – jarang berlaku, tapi menandakan pertumbuhan halia sangat baik.
- Rizom besar dan tebal – boleh gali sedikit tanah untuk periksa.
Tempoh & Jenis Halia Untuk Tuai
Halia Muda
- Waktu tuai: 4–6 bulan selepas tanam
- Ciri: Rizom kecil, kulit lembut, kurang berserat
- Kegunaan: Masakan segar, tekstur lembut & rasa ringan
Halia Tua / Matang
- Waktu tuai: 8–10 bulan selepas tanam
- Ciri: Rizom besar, kulit tebal & berserat, daun layu
- Kegunaan: Dijemur, jeruk, atau sebagai rempah pekat dalam masakan
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Tanam halia sendiri bukan sahaja menjimatkan, tapi lebih selamat dan bebas bahan kimia.
Sumber: Irma Sheky, Petani Halia