Cara Tanam & Penjagaan Rumput Philippines Supaya Cantik, Rapat dan Subur
Mempunyai laman rumah yang luas memang lebih menarik jika dipenuhi rumput semula jadi yang menghijau dan terurus. Ia bukan sahaja mencantikkan landskap rumah, malah memberi suasana yang lebih tenang dan sejuk dipandang.
Bagi yang pertama kali ingin mencuba tanam rumput sendiri, ada langkah penjagaan tertentu yang perlu diikuti agar rumput tumbuh subur, rapat, dan tidak botak-botak. Salah satu jenis rumput yang popular di Malaysia ialah rumput Philippines.
Ikuti perkongsian langkah demi langkah oleh Mohd Annuar berdasarkan pengalaman beliau menanam rumput Philippines sehingga tumbuh cantik dan sekata selepas 5 bulan.
Penjagaan Rumput Philippines Dari Bulan Pertama Hingga Bulan Kelima
Bulan Pertama:
- Siram 3 kali sehari: pagi, tengahari, dan petang
- Letakkan baja setiap 2 minggu sekali
Bulan Kedua:
- Baja sebulan sekali
- Foliar (baja daun) setiap 2 minggu
Bulan Ketiga:
- Potong rumput dengan mower level 4
- Baja sebulan sekali
- Foliar 2 minggu sekali
- Gunakan racun rumpai jika ada rumput liar yang tumbuh
Bulan Keempat:
- Potong dengan mower level 3
- Baja sebulan sekali
- Foliar 2 minggu sekali
- Racun rumpai teruskan jika perlu
Bulan Kelima:
- Potong dengan mower level 2 untuk hasil rumput yang lebih kemas dan rendah
- Baja sebulan sekali
- Foliar 2 minggu sekali
- Racun rumpai
Hasil Selepas 5 Bulan
Masuk bulan keenam, rumput Philippines yang ditanam jarak-jarak kini sudah tumbuh rapat, gebu dan menghijau secara sekata. Hasilnya memang memuaskan dan menyerlahkan kecantikan laman rumah.
“Alhamdulillah, masuk bulan ke-6 cantik rapat menghijau dah.” – Mohd Annuar
Dengan langkah penjagaan yang konsisten, rumput Philippines bukan sahaja mudah dijaga, malah memberi pulangan dari segi estetik dan ketenangan kepada pemilik rumah.
Selamat mencuba dan semoga laman rumah anda menghijau cantik seperti taman!
Sumber: Mohd Annuar