Jangan Buang Kulit Limau Mandarin! Ini 5 Kegunaan Untuk Suburkan Tanaman
Setiap kali musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, buah limau mandarin memang mudah didapati di pasar raya dan rumah-rumah. Tapi, ramai tak tahu bahawa kulit limau mandarin sebenarnya sangat berguna untuk tanaman.
Perkongsian daripada Noriko Sukamoto ini membuktikan bahawa kulit limau bukan sekadar sisa dapur — malah boleh jadi bahan berguna untuk laman rumah anda!
1. Halau Kucing Dari Kawasan Tanaman
Kulit limau mandarin mempunyai bau yang kuat dan menyengat — sangat tidak disukai oleh kucing. Letakkan kulit limau di pangkal pokok untuk elakkan kucing “yak” (buang air) di kawasan tanaman anda.
2. Halau Serangga Secara Semula Jadi
Aroma kulit limau juga bertindak sebagai repelan serangga semula jadi. Letak di sekeliling pokok untuk elak kehadiran serangga perosak seperti semut dan kutu daun.
3. Baja Organik Kaya Nutrien
Kulit limau kaya dengan nitrogen, potassium dan fosforus — elemen penting dalam kesuburan tanah. Anda boleh letakkan terus di tanah atau komposkan terlebih dahulu untuk hasil yang lebih baik.
4. Kompos Dari Kulit Buahan
Selain kulit limau, sisa dapur seperti kulit ciku, betik, pisang, mangga dan bawang juga boleh dikomposkan. Menariknya, kulit dan isi bawang sangat sesuai untuk merangsang pokok berbunga. Pastikan anda komposkan terlebih dahulu sebelum guna.
5. Elak Akar Tanaman Diserang Semut
Kalau anda perasan semut kecil berwarna hitam atau merah bersarang di pangkal pokok, ini boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman. Untuk kawal semut:
- Siram sekeliling pokok (sekaki jarak dari batang) dengan air laut atau air masin.
- Lakukan hanya sekali-sekala, bukan setiap hari.
Kesimpulan
Lain kali kalau makan buah limau, jangan buang kulitnya! Ia bukan saja boleh halau serangga dan kucing, malah bantu suburkan tanaman. Dengan penggunaan bahan semula jadi seperti ini, anda bukan sahaja berjimat – tapi juga membantu alam sekitar.
Sumber: Noriko Sukamoto