Kenapa Batang Daun Kesum Tak Keluar Akar & Jadi Lembik? Ini Jawapannya!


Kenapa Batang Daun Kesum Tak Keluar Akar & Jadi Lembik?

Kenapa Batang Daun Kesum Tak Keluar Akar & Jadi Lembik? Ini Jawapannya!

Ramai yang cuba tanam pokok kesum di rumah menggunakan kaedah mudah iaitu merendam keratan batang dalam air sehingga mengeluarkan akar. Tapi, tak semua berjaya. Ada yang mengadu, keratan yang direndam tak keluar akar pun – sebaliknya jadi lembik dan busuk. Hampa betul rasa!

Tariq Syahman, yang aktif berkongsi tip berkebun, tampil menjelaskan punca masalah ini dan bagaimana nak elakkannya. Jom baca penjelasannya 👇

🌿 Punca Kenapa Keratan Kesum Tak Keluar Akar & Jadi Lembik

1. Keratan Tak Cukup Matang

Gunakan batang yang keras dan sedikit berkayu. Elakkan guna batang yang masih muda, lembut dan hijau sepenuhnya — memang mudah jadi lembik dan busuk.

2. Guna Keratan Tak Segar

Keratan mesti masih segar. Walaupun nampak elok, tapi kalau dah berhari-hari dikerat dari pokok induk (contohnya yang dibeli dari pasar raya), potensi nak hidup sangat rendah.

3. Terlalu Banyak Daun

Sebelum rendam, potong daun-daun yang ada — tinggalkan sedikit sahaja. Ini untuk kurangkan kehilangan air dan stres pada keratan.

4. Terlalu Terdedah Pada Matahari

Letak di tempat teduh dan dapat cahaya matahari tak langsung (indirect sunlight). Cahaya terik boleh mempercepatkan kerosakan keratan sebelum akar keluar.

5. Tak Cukup Air

Pastikan air sentiasa mencukupi. Kalau air kering masa akar baru nak keluar, keratan mudah mati. Guna bekas yang dalam sedikit dan periksa air setiap hari.

6. Faktor Luar Kawalan

Contoh: serangan serangga perosak atau bekas rendaman ditolak oleh si meow yang ‘samseng’. Pastikan tempat rendaman selamat dari gangguan luar.

💬 Pengalaman Sendiri & Nasihat

Saya sendiri pun 3–4 kali cuba guna keratan pasar raya, tapi tak menjadi juga. Buang macam tu je. Jadi kalau anda pun pernah alami, jangan cepat putus asa. Cuba lagi dengan cara yang betul – insyaAllah berjaya!

📌 Ringkasan Tips Tanam Daun Kesum Dengan Betul:

  • Guna batang yang matang dan berkayu
  • Pastikan keratan segar
  • Buang sebahagian besar daun sebelum rendam
  • Letak di tempat redup dan jauh dari cahaya terik
  • Pastikan air sentiasa mencukupi

Selamat mencuba dan semoga berjaya tanam pokok kesum sendiri! 🌱

Sumber: Tariq Syahman