Mudahnya Tanam Pokok Bendi Sendiri di Rumah – Sesuai Untuk Beginner!

 


Mudahnya Tanam Pokok Bendi Sendiri di Rumah – Sesuai Untuk Beginner!

Pernah terfikir nak mula bercucuk tanam tapi tak tahu nak tanam apa dulu? Kalau ya, pokok bendi adalah antara pilihan terbaik untuk beginner. Tak cerewet, cepat berbuah dan sangat mudah dijaga walaupun anda sibuk atau kurang ruang.

Perkongsian daripada Puan Dyra Raisah ini sangat berguna untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia berkebun. Beliau berjaya tanam 7 pokok bendi dan hampir setiap hari dapat hasil! Jom ikuti tip mudah dari pengalaman beliau sendiri:

7 Tip Mudah Tanam Pokok Bendi – Dari Pengalaman Sebenar

  1. Pokok bendi tak cerewet: Pastikan siram air secara konsisten. Kalau cuaca panas sangat, daun memang mudah layu tapi jangan risau – siram je, daun akan segar semula. Saya pernah juga tak siram 2 hari, tapi pokok tetap hidup!
  2. Baja perlu tapi tak perlu kerap: Saya guna baja 2 minggu sekali atau bila nampak pokok kurang berbuah. Baja organik pun boleh guna untuk kesan lebih baik.
  3. Tak guna racun pun okay: Setakat ni pokok bendi saya tak pernah diserang haiwan perosak. Jadi saya langsung tak sembur racun serangga pun.
  4. Pokok terlalu tinggi? Potong pucuk: Bila pokok dah meninggi sampai susah nak petik, potong saja pucuk paling atas. Tanam semula dalam tanah atau pasu — akan tumbuh pokok baru yang lebih renek dan comel buahnya.
  5. Buang daun bawah yang buruk: Ini penting untuk galakkan pertumbuhan cabang baru. Lagi banyak cabang, lagi banyak buah!
  6. Umur pokok panjang: Pokok saya dah hampir setahun dan hasilnya memang tak terhitung. Hampir setiap hari boleh petik hasil.
  7. Sesuai untuk beginner: Pokok bendi sangat sesuai untuk orang yang baru nak mula, atau yang busy tapi nak rasa seronok tengok pokok berbuah. Tanam hari ni, esok-esok tengok dah ada hasil!

Penutup: Tanam Bendi, Jimat Belanja & Lega Jiwa

Tanam pokok bendi di rumah bukan saja boleh jimat belanja dapur, tapi juga beri rasa puas dan tenang. Tengok pokok hidup subur dan hasilkan buah segar dari kebun sendiri memang satu nikmat!

Kalau anda masih mencari pokok pertama untuk tanam — bendi adalah pilihan yang praktikal dan memuaskan. Tak perlu ruang besar, cukup pasu sederhana atau sudut kecil di laman rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Dyra Raisah