Panduan Tanam Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih – Mudah & Hasil Memukau!

 


Panduan Tanam Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih – Mudah & Hasil Memukau!

Pokok bunga matahari bukan sahaja mencantikkan laman rumah dengan warna kuning yang menyerlah, malah mampu menarik perhatian sesiapa yang lalu. Ramai yang teringin menanam bunga ini sendiri tetapi tidak tahu caranya. Sebenarnya, menanam bunga matahari sangat mudah dan boleh dilakukan walaupun di ruang terhad seperti halaman kecil atau dalam pasu.

Berikut adalah panduan lengkap cara semai biji benih pokok bunga matahari seperti dikongsikan oleh Ardi Tani.

Cara Semai Biji Benih Pokok Bunga Matahari

Langkah 1: Sediakan Biji Benih

  • Boleh beli dari nurseri, kedai pertanian atau atas talian.
  • Elakkan guna kuaci makanan – ia sudah dimasak dan tak akan tumbuh.

Langkah 2: Teknik Penyemaian Dalam Tisu

  1. Letak dua lapisan tisu dalam bekas atau pinggan.
  2. Lembapkan tisu dengan air bersih.
  3. Susun biji benih bunga matahari yang telah dikupas di atas tisu.
  4. Tutup dengan satu lapisan tisu lagi dan spray supaya basah sepenuhnya.
  5. Tutup bekas dan simpan di tempat gelap dan lembap (jauh dari cahaya matahari).

Langkah 3: Pemeriksaan Selepas 2 Hari

  • Periksa biji benih – jika sudah keluar akar kecil atau ‘tanduk’, boleh dipindahkan ke pasu kecil atau polibeg.

Penjagaan Anak Pokok Bunga Matahari

  • Pastikan pokok mendapat cahaya matahari penuh sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
  • Siram dua kali sehari – pagi dan petang.
  • Gunakan baja organik atau baja bunga setiap 2 minggu sekali.

Fasa Pertumbuhan & Hasil

Selepas 2 bulan, pokok bunga matahari akan mula berbunga. Pokok ini boleh hidup sehingga 5 hingga 6 bulan dan menghasilkan antara 20 hingga 30 kuntum bunga. Tinggi pokok pula boleh mencecah lebih 2 meter jika dijaga dengan baik!

Menanam pokok bunga matahari bukan sahaja mudah, malah memberi kepuasan apabila bunga mula berkembang. Ia juga menarik lebah dan serangga baik ke kebun anda.

Sumber: Ardi Tani