Petua Baja dan Penjagaan Pokok Lemon Agar Setangkai Berbuah 10 Biji
Buah lemon bukan sahaja kaya dengan khasiat dan kegunaan untuk kesihatan, kecantikan diri, dan masakan, malah menanam pokok lemon sendiri amat berbaloi. Setangkai pokok lemon boleh menghasilkan sehingga 10 biji buah, jika dijaga dengan baik.
Petua baja dan penjagaan tanaman ini dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa. Alhamdulillah, rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon beliau mengandungi 10 biji buah.
Petua Baja dan Penjagaan Pokok Lemon
- Tanam kulit-kulit udang atau organ-organ ikan sebagai baja semulajadi.
- Sekali-sekala, letakkan baja Novatec Premium atau baja kopi (boleh dibeli di Shopee).
- Jika ada darah ikan, siram pokok dengan airnya.
- Boleh juga siram pokok dengan air beras basuhan pertama semalaman untuk menyuburkan tanah.
- Sentiasa bersabar dan jangan putus asa dengan pokok. Ini amalan yang diajar oleh arwah ibu (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
- Pokok lemon perlu disiram banyak air ketika sedang berbuah.
- Tujuannya supaya buah lemon tidak pahit dan jusnya lebih manis.
Dengan petua ini, pokok lemon anda boleh berbuah lebat dan menghasilkan buah yang manis serta berjus. Semoga bermanfaat untuk semua.