Tip Memotong Bunga Kantan Agar Pokok Berbunga Lebat

 


Tip Memotong Bunga Kantan Agar Pokok Berbunga Lebat

Selain penjagaan seperti siraman dan pembajaan, cara memotong bunga kantan juga memainkan peranan penting agar pokok berbunga lebat. Menurut Nur Amirul Nur Azmi, terdapat cara khusus untuk memotong bunga kantan yang sudah matang supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga pada masa akan datang.

Kaedah Memotong Bunga Kantan

  • Pastikan bunga kantan dipotong sehingga ke pangkal.
  • Elakkan memotong separuh atau meninggalkan tunggul panjang kerana ia boleh mengurangkan pengeluaran bunga.

Tip Tambahan

  • Potong batang tua, kuning, atau yang condong dari pangkal untuk menggalakkan pengudaraan (ventilasi) yang baik dan menjadikan pokok kelihatan lebih cantik.
  • Elakkan memotong batang yang mempunyai bunga kerana ia akan mengganggu tumbesaran bunga tersebut.
  • Daun dan batang pokok kantan yang telah dipotong dan kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah (mulching) bagi mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukai mulsa ini.

Dengan mengikuti cara pemotongan yang betul, pokok kantan anda boleh berbunga lebat dan kelihatan sihat. Semoga bermanfaat.

Sumber: Nur Amirul Nur Azmi