Tip Penjagaan Pokok Pudina Supaya Hidup Segar Bertahun-Tahun

 


Tip Penjagaan Pokok Pudina Supaya Hidup Segar Bertahun-Tahun

Daun pudina atau lebih dikenali sebagai daun mint merupakan salah satu herba yang cukup popular di Malaysia. Selain digunakan dalam hidangan seperti laksa, daun pudina juga enak dimakan sebagai ulam dan kaya dengan khasiat kesihatan.

Namun begitu, agak sukar untuk mendapatkan pokok pudina segar di pasaran. Kebiasaannya, ia hanya dijual di pasar pagi. Jadi, apa kata tanam sendiri pokok pudina di rumah? Ia mudah dijaga dan sangat menjimatkan.

Berikut adalah tip penjagaan pokok pudina yang dikongsi oleh Azura Mohamad, untuk memastikan pokok kekal hidup subur dan boleh bertahan bertahun-tahun.

Tip Penjagaan Pokok Pudina Dalam Pasu

  • Jika batang dan daun semakin hitam dan gugur, potong bahagian tersebut menggunakan gunting. Tinggalkan sedikit batang di atas tanah.
  • Buang semua batang yang berwarna hitam dan reput di atas tanah.
  • Letakkan pasu di tempat yang redup, tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus.
  • Siram sekurang-kurangnya sekali sehari, bergantung kepada cuaca.

Pokok pudina ini boleh hidup subur dalam pasu jika dijaga dengan baik. Azura berkongsi bahawa pokok induknya telah dijaga selama lebih 3 tahun. Setelah dipotong dan dibersihkan batang hitam, dalam tempoh sebulan sahaja, pokok kembali segar dan boleh dituai untuk digunakan semula, contohnya dalam minuman teh.

Khasiat Daun Pudina Untuk Kesihatan

Selain digunakan dalam masakan dan minuman, daun pudina juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan:

  1. Kurangkan sakit kepala – Boleh dihidu atau ditambah ke dalam minuman sejuk.
  2. Perbaiki emosi – Aroma pudina membantu menenangkan fikiran.
  3. Melegakan selsema – Digunakan sebagai bahan semula jadi dalam rawatan tradisional.
  4. Legakan loya dan muntah
  5. Mengurangkan kesan alahan – Terutama jika digunakan dalam bentuk minyak pati.
  6. Menyegarkan nafas – Kandungan pudina sering digunakan dalam ubat gigi.
  7. Mengurangkan selera makan – Boleh dijadikan ulam atau jus bersama buah-buahan.
  8. Melegakan kekejangan otot – Sesuai untuk mereka yang kerap bersenam.
  9. Memudahkan penghadaman lemak
  10. Melegakan masalah wanita – Seperti senggugut dan melancarkan kitaran haid.

Dengan hanya menanam sepasu daun pudina, anda bukan saja dapat jimat belanja, malah dapat menikmati khasiat kesihatannya setiap hari. Pokok ini sesuai ditanam oleh sesiapa sahaja, sama ada di taman rumah, balkoni, atau di dapur.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber: Azura Mohamad, dikongsikan oleh Public Health Malaysia