Cara Buat Baja Cecair Bokashi & Tanam Bayam Subur

 


Cara Buat Baja Cecair Bokashi & Tanam Bayam Subur

Seronok bila pokok yang ditanam hidup subur dan gemuk. Seperti perkongsian Enkay Nik Mustaffa, pokok bayam yang ditanam membesar sebesar telapak tangan. Rahsianya adalah penggunaan baja cecair Bokashi yang dihasilkan sendiri.

Cara Buat Bokashi Sendiri

Bokashi mudah dibuat dan sesiapa pun boleh praktikkan di rumah. Berikut adalah peralatan dan bahan yang diperlukan:

Alat:

  • Tong sampah/tong cat dengan penutup, dipasangkan paip untuk ambil air peraman
  • Penapis untuk mengelakkan paip tersumbat

Bahan:

  • Sisa dapur yang tidak berlemak atau berminyak (contoh: mee goreng, sayur)
  • Gula merah atau Bokashi bran
  • Optional: bahan booster seperti tempe, Yakult, belacan

Langkah-langkah:

  1. Basuh sisa makanan supaya minyak hilang, sejatkan sekejap.
  2. Gaulkan sisa dengan gula merah/Bokashi bran dengan nisbah 1:1.
  3. Masukkan campuran ke dalam tong yang siap dipasang penapis.
  4. Cecair Bokashi boleh dituai selepas 3 hari peraman.
  5. Cairkan cecair dengan nisbah 1:10 menggunakan air tanpa klorin. Siram pokok 2 kali seminggu.
  6. Bila tong penuh, peram 3 bulan dan gunakan sebagai media tanaman dengan campuran 1:1 bersama tanah topsoil.

Tip Tambahan:

  • Pastikan bahan dan agen peraman cukup, insha-Allah tidak berbau busuk. Elakkan lemak ayam, daging, tenusu, telur.
  • Ulat adalah normal dalam Bokashi. Ia membantu penguraian. Pastikan bau manis, bukan busuk.
  • Bokashi boleh dibuat dalam sebarang tong. Jika tiada Bokashi bran, boleh guna gula merah dengan nisbah sama banyak.

Dengan penggunaan Bokashi ini, pokok bayam akan subur dan mudah ditanam semula melalui anak bayam. Teknik ini menjimatkan kos dan sesuai untuk penanaman di rumah.

Sumber: Enkay Nik Mustaffa