Tip Tanam Pokok Jambu Watermelon Guava Dalam Polibeg Di Rumah
Menanam pokok buah-buahan di rumah kini semakin mudah, terutama dengan teknik menanam dalam polibeg. Salah satu pokok yang sesuai ialah pokok jambu watermelon guava. Walaupun saiz pokok kecil, ia mampu mengeluarkan buah yang segar, manis dan enak.
1. Cari Benih Jambu Watermelon Guava
Untuk menanam pokok jambu dalam polibeg atau pasu, mula-mula perlu cari benih jambu watermelon guava. Jenis ini sangat mudah berbunga dan lekat buah sekiranya mendapat air, baja dan cahaya yang mencukupi.
2. Pilih Tanah Yang Sesuai
Medium tanah yang sesuai adalah gabungan:
- Tanah bekas atau topsoil
- Tanah hitam sawit
- Cocopeat
- Sekam bakar atau sekam mentah
- Kompos rumput
Pastikan tanah gembur/poros supaya akar mudah berkembang.
3. Tip Agar Pokok Rendah Tapi Dah Berbuah
- Buang semua pucuk lama supaya tunas baru keluar.
- Pangkas dahan pokok supaya keluar banyak cabang dan daun rendang.
- Gunakan baja tinggi P&K (Phosphorus & Kalium) untuk merangsang bunga dan buah.
- Pastikan pokok mendapat air mencukupi kerana jambu suka banyak air.
- Bila buah sebesar ibu jari, bungkus buah supaya cantik dan tidak berulat ketika matang.
4. Pokok Tinggi Tapi Tak Berbuah?
Jika pokok cukup siraman dan baja tetapi masih tidak berbuah, ia mungkin tidak mendapat cahaya cukup. Pokok akan fokus mengejar cahaya, meninggi dan dahan memanjang. Walaupun matang, ia mungkin “lupa” untuk berbunga/berbuah.
Tips untuk mengatasi:
- Berikan ruang cahaya yang cukup.
- Pastikan baja dan air mencukupi.
- Pangkas sedikit dahan untuk “menyebabkan pokok stres” secara terkawal, supaya pokok mula berbunga dan berbuah.
Dengan kaedah ini, pokok jambu watermelon guava yang ditanam dalam polibeg akan cepat mengeluarkan buah walaupun saiz pokok kecil. Selamat mencuba!
Sumber: Pyan Sempoi