Cara Paling Senang Tanam Taugeh Dalam Balang Kuih, 3-4 Hari Dah Boleh Tuai!
Kalau sebelum ini kita tanam taugeh dalam botol, kali ini kita cuba cara yang lagi mudah dan cepat – tanam taugeh dalam balang plastik kuih. Balang ni pun biasanya memang dah ada di rumah.
Perkongsian daripada Nora Valo ini tunjukkan step-by-step tanam taugeh tanpa perlu tanah, tanpa cahaya, dan paling penting – tak sampai seminggu dah boleh tuai!
Cara Tanam Taugeh Dalam Balang
- Rendam kacang hijau selama 24 jam
Tak perlu banyak – segenggam pun dah cukup untuk dapat hasil satu balang penuh. - Selepas 24 jam
Kacang akan mula bercambah. Tanda ia sudah bersedia untuk ditanam. - Masukkan ke dalam balang plastik
Boleh letak tisu di dasar kalau mahu, tapi tak letak pun tak mengapa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap – atau balut dengan plastik hitam. - Siram 2 kali sehari
Isikan air ke dalam balang, goncang perlahan-lahan dan buang air tersebut. Pastikan tidak biarkan air bertakung. - Hasil selepas 3-4 hari
Taugeh akan tumbuh gemuk-gemuk dan putih bersih, macam beli di kedai. Sedia untuk dituai!
Tip Penyimpanan
- Kalau nak simpan lebih lama, rendamkan taugeh dalam air penuh dan simpan dalam peti sejuk.
- Gunakan taugeh untuk masakan seperti mee goreng, sup, cucur, nasi goreng, dan sebagainya.
Selamat mencuba dan jimat belanja dapur!
Sumber: Nora Valo
#TanamTaugeh #DIYDapur #TaugehDalamBalang #TipDapur #KebunDapur