Tip Tanam Sayur di Rumah: Bina Edible Garden di Ruang Sempit
Ramai pemilik rumah kini makin sedar tentang pentingnya mempunyai edible garden atau kebun dapur sendiri di rumah. Sama ada di ruang balkoni, tepi tingkap, atau laman kecil, anda masih boleh bercucuk tanam walaupun tanpa tanah yang luas.
Tanaman seperti pandan, kunyit, kobis, cili, sawi dan lain-lain boleh ditanam dalam pasu. Bagi anda yang baru nak bermula, berikut adalah tip mudah dari LAMAN untuk dijadikan panduan.
1. Pilih Lokasi yang Sesuai
- Tak perlu ruang besar, yang penting mudah dicapai & dekat dengan paip air untuk penyiraman.
- Pastikan kawasan menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya:
- 8 jam – untuk tumbuhan berbuah seperti cili, terung, tomato
- 4 jam – untuk tumbuhan berdaun seperti bayam, sawi, kangkung
2. Lakar Pelan Reka Bentuk Mini Kebun
- Buat lakaran awal untuk kenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang sesuai.
- Elak tanam terlalu rapat – ruang sempit boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut.
3. Tanam Tumbuhan Campuran
- Kawal jumlah sayur yang cepat dituai seperti bayam, sawi, kangkung supaya tidak berlaku lambakkan.
- Campurkan tanaman jangka masa panjang (contoh: kunyit, serai) dan jangka pendek.
4. Fokus Pada Tumbuhan Yang Digunakan
- Tanam tanaman yang biasa dimakan – elakkan tanam hanya kerana rupa menarik.
- Elak berlaku pembaziran ruang pada tanaman yang tidak digunakan.
5. Gunakan Pasu Ringan & Bekas Terpakai
- Untuk ruang kecil seperti balkoni, guna pasu atau bekas ringan untuk mudahkan penyelenggaraan.
- Bekas terpakai seperti botol plastik, tong cat, kotak kayu sesuai digunakan.
6. Penjagaan Harian Penting
- Periksa kebun setiap hari untuk elak penyakit dan serangan serangga.
- Siraman dua kali sehari – awal pagi & lewat petang.
- Siram terus ke tanah, bukan atas daun bagi elak air bertakung.
- Jika tiada masa, pasang sistem penyiraman automatik atau DIY guna botol air.
7. Guna Baja Organik dari Dapur
- Gunakan bahan sisa dapur seperti:
- Kulit telur
- Sayur rosak
- Serbuk kopi atau teh terpakai
- Ini bukan sahaja menyuburkan tanah tapi juga mesra alam.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, sesiapa pun boleh bina kebun dapur sendiri di rumah. Tanam sayur sendiri bukan sahaja jimat, tapi lebih segar dan selamat untuk keluarga!
Sumber: LAMAN