Cara Buat Baja Mol Roti Dari Roti Tamat Tempoh

 




Cara Buat Baja Mol Roti Dari Roti Tamat Tempoh

Jika ada roti di rumah yang dah tamat tempoh, jangan dibuang begitu sahaja. Roti ini boleh dijadikan baja semburan untuk tanaman. Baja ini membantu pengeluaran bunga, melebatkan buah, dan menggemukkan daun. Hasil tanaman akan lebih sihat dan subur.

Bahan-Bahan Diperlukan

  • 2 keping roti Gardenia (expired)
  • 4 sudu gula merah (boleh guna gula perang atau gula kabung)
  • 1.5L air mineral (boleh guna air mati, air hujan, atau air tapis, bukan air paip)
  • Gunting, sudu & corong kertas

Cara Membuat

  1. Penutup botol perlu ditebuk sedikit untuk mengeluarkan gas.
  2. Gunting roti kepada kepingan kecil.
  3. Masukkan roti ke dalam botol berisi air mineral.
  4. Tambahkan 4 sudu gula merah ke dalam botol.
  5. Tutup botol rapat dan goncang sehingga sebati.
  6. Simpan di tempat gelap selama seminggu.

Cara Menggunakan

  1. Setelah seminggu, tapis mol roti dan ambil patinya sahaja. Buang roti yang terurai.
  2. Masukkan pati mol roti ke dalam bekas kedap udara.
  3. Untuk semburan: ambil 10ml mol roti dan campur dengan 1L air biasa.
  4. Sembur pada daun, pucuk, tanah, atau siram terus pada pokok. Lakukan rutin ini seminggu sekali pada waktu pagi.

Fungsi Mol Roti

  • Merancakkan pengeluaran bunga.
  • Melebatkan buah.
  • Menggemukkan dan menghijaukan daun.

Mol roti boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 6 bulan tanpa masalah. Cara ini menjimatkan dan lebih mesra alam daripada membuang roti yang tamat tempoh.

Sumber: Liyana Mohd Poad