Cara Mudah Elak Buah Mangga Berulat Akibat Lalat Buah
Pokok mangga antara tanaman buah popular di Malaysia. Tapi ramai yang kecewa bila buah mangga nampak cantik dari luar, tapi bila kupas penuh ulat atau buah mudah luruh dan busuk walaupun belum masak. Punca utama masalah ini adalah serangan lalat buah.
Buat Perangkap Lalat Buah
Salah satu cara paling berkesan untuk mencegah serangan lalat buah ialah dengan membuat perangkap menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol. Ia ialah hormon pemikat lalat yang boleh dibeli di kedai racun serangga. Lalat buah akan masuk perangkap dan tidak menyerang buah mangga.
Bahan dan Alat
- 2 botol air mineral
- Batang besi
- Kapas
- Stapler dan playar
- Pisau
- Petrogenol atau Methyl Eugenol
Cara Membuat
- Potong 2 botol air mineral.
- Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan berada di tengah-tengah.
- Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat.
- Sapukan Petrogenol atau Methyl Eugenol pada kapas dan masukkan ke dalam botol melalui lubang yang dibuat.
Bergantung pada arah angin dan keadaan sekitar pokok, lalat jantan akan menghidu bau hormon ini dan masuk ke dalam botol. Lalat sukar keluar dan akhirnya mati kerana bau feromon yang kuat. Bau ini boleh bertahan beberapa minggu dan perlu disapu semula jika perlu.
Petua Tambahan Dari Netizen
- Letak beberapa biji Panadol pada kulit pokok mangga atau tanam di pangkal pokok semasa pokok berbunga.
- Bakar daun-daun luruh dan ranting di bawah pokok. Pastikan dahan pokok terkena asap, tetapi jangan biar api terlalu marak.
- Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
- Tabur garam anggaran sekaki dari pokok mangga untuk menghalang serangan serangga.
Sumber: Samsoe A